LIHAT VIDEO DI SINI
Bagaimanapun, sebelum dokumen itu didedahkan, beliau menuntut pihak LTAT mengumumkan dahulu jumlah pesara tentera yang masih belum dibayar caruman mereka sejak tahun 2014.
Sekiranya perkara itu tidak dapat dilakukan, Rafizi yang juga ahli parlimen Pandan berkata beliau akan mendedahkan isi kandungan dokumen tersebut walaupun ia tertakluk di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).
"LTAT khususnya perlu mengumumkan berapa ramai pesara tentera yang belum dibayar caruman mereka dan lama mana serta berapa orang terkesan dari masalah ini mengikut bulan bermula pada 2014.
"Saya tak agak-agak mendedahkan dokumen rasmi Persekutuan ini sekiranya senarai ini tak disiarkan sepenuhnya pada rakyat.
"Dokumen ini dibawah Akta Rahsia Rasmi dan saya akan bertanggubjawab sepenuhnya terhadap perkara ini," katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan