Isteri
Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor
diberi penghormatan menjadi
tetamu pertama bagi program 'Langit Biru' ketika mengadakan lawatan ke
Wisma Bernama, Kuala Lumpur, hari ini.
KUALA LUMPUR - 'Patriotik jangan hanya ucap di bibir, kibar bendera," demikian ingatan isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor kepada generasi hari ini.
Menurutnya, kelakuan dan pemikiran seseorang rakyat negara ini perlu selaras dengan ucapan cintakan negara itu.
"Kalau setakat kata kita cintakan tanah air tapi kelakuan, pemikiran kita tidak selaras dengan apa yang kita cakap, pada saya, itu hanya dibibir saja.
"Saya nak ingatkan orang muda sekarang, patriotisme bukanlah hanya setakat cakap saja, setakat kibar bendera, pakai baju Jalur Gemilang tapi seharusnya dijiwai.
"Dan ia mestilah konsisten. Jangan 'one off'. Bila tiba merdeka barulah kita nak tunjuk patriotik.
Seharusnya kita memiliki semangat patriotisme sepanjang masa," katanya ketika menjadi tetamu program bual bicara Langit Biru di Bernama Radio, di sini, hari ini.
Menurutnya, semua rakyat Malaysia harus saling hormat menghormati antara satu sama lain dalam masyarakat majmuk.
"Barulah negara kita di dalam keadaan yang tenteram. Kita memang tak mahu kucar-kacir, kecoh-kecoh sebab banyak perkara tak diingini boleh berlaku.
"Harta benda rosak, malahan kita sendiri boleh dipijak-pijak seperti yang berlaku di negara-negara lain," katanya.
Beliau turut mengakui bahawa semua orang mahukan kebebasan namun janganlah sampai melampaui batas.
Menyentuh soal suasana yang melanda Turki hari ini, Rosmah berharap Malaysia dijauhkan daripada kejadian seumpama itu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan