KUALA LUMPUR: Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan beliau hadir untuk menandatangani Deklarasi Rakyat yang dianjurkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai seorang rakyat Malaysia.
"Saya datang (untuk bersama-sama dalam Deklarasi Rakyat) adalah sebagai seorang rakyat Malaysia," katanya.
Selain Muhyiddin, bekas Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut hadir sama bagi menandatangani deklarasi berkenaan.
Terdahulu, Dr Mahathir mendahulu pemimpin pembangkang dan aktivis menandatangani deklarasi menolak pentadbiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Rumah Kelab Persatuan Alumni Universiti Malaya di sini.
Dokumen itu banyak mengitar semula tuduhan-tuduhan Dr Mahathir terhadap Najib mengenai hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan derma RM2.6 bilion.
Antara yang tidak hadir namun bersedia untuk menandatangai deklarasi berkenaan adalah Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Apdal dan bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainudin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan