Syed Ali Al-Habshee
SHAH ALAM – Ketua Umno Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee
berkata, andaian melulu sesetengah pihak terhadap Menteri Belia dan
Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung penahanan pegawai kanan kementerian
tersebut sebagai tidak berasas.
Menurut Syed Ali, beliau tidak menolak kemungkinan ada sesetengah pihak cuba 'menangguk di air keruh' untuk merosakkan nama baik Khairy.
"Jangan kaitkan Khairy dalam isu penyelewengan dana RM100 juta di kementerian berkenaan," katanya seperti dipetik oleh laman web rasmi Umno Bahagian Cheras.
[ARTIKEL BERKAITAN : Pemuda Pas Pusat desak KJ letak jawatan]
Sebelum ini, terdapat beberapa pihak mendesak Khairy meletakkan jawatan segera kerana gagal memastikan wang rakyat diurus dengan sebaik mungkin oleh kementerian kendaliannya.
Sehubungan itu, Syed Ali berkata, isu tersebut sepatutnya diserahkan kepada pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menjalankan siasatan secara menyeluruh.
“Serahkan kepada SPRM, saya yakin Khairy juga amat kecewa dengan apa yang berlaku kerana isu tersebut mencetuskan kegusaran rakyat,"katanya.
Sementara itu, Setiausaha Umno Bahagian Cheras, Datuk Syed Mehdhar Syed Abdullah turut mempertahankan pendirian Khairy dalam isu tersebut.
"Saya tidak nampak mengapa Khairy yang perlu dipersalahkan, isu tersebut membabitkan salah laku pegawai di kementerian, tak ada kaitan dengan menteri.
"Pada pemerhatian saya, ada pihak mengambil kesempatan untuk merosakkan reputasi Khairy sebagai pemimpin pelapis yang berpotensi,"katanya.
Dalam pada itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak turut melahirkan rasa kecewa serta memandang berat kes penyelewengan melibatkan pegawai kanan kerajaan tersebut dan turut mengarahkan agar siasatan dijalankan berhubung isu itu.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan