HALAMAN SANTAI

Selasa, 22 Mac 2016

Viral telur berdiri memang mengarut!

Viral telur berdiri memang mengarut!
Peniaga dari Balik Pulau ini mampu meletakkan telur ayam secara menegak di atas topi keledar walaupun tiada kejadian gerhana.
 
 
BALIK PULAU - Seorang peniaga di sini menyokong kenyataan seorang pakar astronomi dengan mengatakan kejadian telur berdiri gara-gara gerhana matahari adalah mengarut.

Beliau, Muhamad Anuar Hamid berkata, hampir setiap hari dia cuba untuk menegakkan telur ayam yang dibeli dari kedai.

“Setiap hari saya buat, dan setiap kali itu jugalah ia berjaya, pada saya memang isu telur berdiri waktu kejadian gerhana adalah salah.

“Jika kita dirikannya sendiri ia pasti menjadi,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pakar astronomi: Viral telur berdiri mengarut]

Paling menarik apabila Muhammad Anuar turut berjaya meletakkan telur ayam secara menegak di atas topi keledar miliknya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan Pakar Astronomi, Prof Dr Mahamarowi Omar berkata, telur sememangnya boleh berdiri jika diletak dengan baik dan seimbang.

Menurutnya, apa yang diviralkan sebelum ini mengarut kerana gerhana yang berlaku tidak begitu mempengaruhi kedudukan telur berikutan tarikan graviti ketika itu juga sangat kecil.

“Tak ada (kaitan telur berdiri kerana gerhana), mengarut. Sebenarnya kalau ambil telur sekarang ini kalau pandai letak pun ia akan berdiri jika kedudukannya diseimbangkan.

“Memang sukar untuk menyeimbangkannya, tetapi tidak ada asas saintifik untuk mengaitkan kedudukan telur itu dengan gerhana kerana kesan gravitinya sangat kecil, tidak memadai untuk ia berdiri,” katanya.


Tiada ulasan: