LIHAT VIDEO DI SINI
Menurut beliau, berdasarkan semakan kementeriannya, ahli perniagaan yang lebih dikenali sebagai Jho Low masih memegang pasport Malaysia yang mempunyai tempoh sah laku.
"Sehingga kini, Kementerian Dalam Negeri tidak menerima sebarang aduan atau laporan berkenaan pemilikan dwi kerakyatan dan beliau juga tiada membuat sebarang permohonan perlepasan kewarganegaraan Malaysia,” kata Zahid dalam jawapan bertulis di parlimen semalam.
Zahid yang juga adalah timbalan perdana menteri, berkata demikian ketika menjawab soalan Wong Chen (PKR-Kelana Jaya) yang meminta penjelasan sama ada Jho Low mempunyai sekurang-kurangnya satu passport Amerika Syarikat.
Laporan Sarawak Report tahun lalu mendakwa Jho Low sekarang adalah seorang warganegara Amerika Syarikat dan memegang pasport negara berkenaan.
Jutawan kelahiran Pulau Pinang itu kini dilaporkan berada di Hong Kong.
Beliau telah menafikan sebarang penglibatan dalam 1MDB dan berkata kaitannya dengan firma pelaburan negara itu adalah bahawa beliau hanya membantu menubuhkan Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya dijenamakan semula sebagai 1MDB.
1MDB juga menafikan firma itu menggaji atau membayar perkhidmatan Jho Low.
Bagaimanapun, The Wall Street Journal dan Sarawak Report mendakwa bahawa Jho Low terbabit ketika usaha sama 1MDB dengan PetroSaudi International.
Mereka mendakwa bahawa dana yang bertujuan bagi usaha sama itu telah disalurkan kepada syarikat-syarikat di bawah kawalannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan