HALAMAN SANTAI
Rabu, 5 Oktober 2016
Gabungan Satu Lawan Satu PRU14: PAN Tetap Pertahan DAP
Walaupun PAS Menolak DAP dalam merealisasikan impinan satu lawan satu pembangkang melawan Barisan Nasional (BN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU 14), namun PAN tetap setia pertahankan parti Cina itu.
Setiausaha Pemuda PAN Perak, Safarizal Saleh berkata peranan DAP dalam politik negara tidak boleh ditolak kerana parti itu telah memainkan banyak peranan dan tanggungjawab dalam pilihan-pilihan raya sebelum ini, termasuk pelaksanaan pelbagai dasar yang menguntungkan rakyat di Pulau Pinang.
“Walaupun ada peringatan dan amaran agar DAP tidak dibawa berbincang untuk duduk semeja, ia sebenarnya agenda UMNO kerana bimbang dengan sokongan dan keupayaan DAP dalam pilihan raya nanti.
“Kita tidak akan sesekali mengenepikan DAP dan akan sentiasa membuktikan bahawa tohmahan serta desakan agar parti itu diketepikan adalah langkah yang silap,” jelasnya dalam satu kenyataan kepada Roketkini semalam.
Safarizal berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang menyatakan bahawa parti Islam itu tidak akan menjalinkan kerjasama dengan DAP atau mana-mana parti yang bekerjasama dengan DAP.
Sambil membela DAP, Safarizal menegaskan, perbuatan sesetengah pihak mengheret DAP dengan tuduhan bersifat perkauman sebenarnya membuktikan bahawa kumpulan itu telah kehabisan idea.
“Atas semangat itu, DAP dan semua parti wajar duduk semeja dengan segera bagi menghadapi BN pada PRU14 yang akan tiba tidak lama lagi,” katanya lagi
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan