HALAMAN SANTAI

Rabu, 5 Oktober 2016

Jamal koyak, buang surat Marina dalam tandas

MALAYSIA GAZETTE

Jamal membuang surat notis saman Marina Chin ke dalam tandas semasa sidang medianya di Shah Alam petang tadi.
Jamal membuang surat notis saman Marina Chin ke dalam tandas semasa sidang medianya di Shah Alam petang tadi.
 
 
Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Jamal Md. Yunos hari ini mengoyak surat saman Marina Chin Abdullah dan membuangnya ke dalam tandas.

Ketua Bahagian UMNO Sungai Besar itu bertindak demikian sebagai respon kepada desakan Marina yang juga Pengerusi BERSIH 2.0 yang mahu Jamal menarik balik dakwaan mereka dipengaruhi elemen Islamic State (IS) dalam tempoh 48 jam kelmarin.

" Kami kumpulan Baju Merah tetap mempertahankan demokrasi dan saya mengingatkan Maria Chin dan BERSIH 5 agar sama-sama menghormati undang-undang.

"Bukan sahaja saya tidak akan minta maaf malah saya anggap ia macam najis sahaja," katanya merujuk kepada surat saman berkenaan pada sidang media di Ibupejabat UMNO Selangor petang tadi.

Semalam, Jamal dan kumpulannya membuat laporan polis mendakwa perhimpunan BERSIH 5 yang dianjurkan Marina ada elemen IS dan mendakwa antara maklumat yang diterima ialah daripada Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli.

Bagaimanapun, Rafizi menafikan dakwaan itu dan mengaku tidak pernah mengenali Jamal secara peribadi.
Baru-baru ini, Marina Chin telah mengarahkan peguamnya sebagai mendesak Jamal meminta maaf dan menarik balik kenyataan mendakwa Bersih 5 merancang mengepong Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 dan 2 selain diresapi IS.

"Sekiranya dia (Jamal) tidak mematuhi tuntutan itu dalam masa 48 jam mulai tarikh 4 Oktober, akan akan ambil tindakan saman terhadapnya di mahkamah.

"Peguam saya dah hantar surat, dan sudah meminta peguam untuk memulakan tindakan undang-undang di mahkamah jika dia tidak meminta maaf dalam tempoh itu," katanya kepada MalaysiaGazette ketika dihubungi semalam.

Marina Chin turut menjelaskan dalam saman itu juga dituntut ganti rugi kerana dakwaan Jamal mencemar nama dan reputasi beliau.--MalaysiaGazette


Tiada ulasan: