SHAH ALAM: Tiada sebarang kekecohan berlaku meskipun Kumpulan Baju
Merah dan BERSIH bertembung antara satu sama lain di Kapar, petang tadi.
Terdahulu, BERSIH hari ini menggerakkan konvoi mingguannya sebelum
Himpunan BERSIH 5.0 yang akan diadakan pada 19 November nanti.
Manakala Kumpulan Baju Merah pula mengumpul penyokongnya sekitar 200
orang untuk menentang program yang dianjurkan gabungan Pilihan Raya
Bersih dan Adil itu hari ini.
Kumpulan itu berkumpul di sebuah stesen minyak dekat pejabat PKR Kapar di mana BERSIH mengakhiri konvoi mereka.
Dimaklumkan peserta konvoi BERSIH hanya kurang 50 orang, sekaligus
menyerlahkan program mingguannya itu tidak mendapat sambutan.
Kedua-dua kumpulan bersurai pada pukul 3.30 petang secara aman, dan dikawal oleh pasukan keselamatan.
Tidak seperti minggu-minggu lalu, himpunan yang membabitkan
pertembungan dua kumpulan tersebut dicemari dengan insiden kekasaran dan
provokasi.
Terbaru, menerusi himpunan di Sabak Bernam, seorang penyokong BERSIH
diserang oleh seorang lelaki, selain kejadian petugas media dikasari
oleh penyokong himpunan di Kuala Selangor.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan