LUNDU – Anak bongsu Allahyarham Tan Sri
Adenan Satem hari ini meminta pengundi kaum Iban di daerah ini memberi
sokongan yang sama kepada ibunya Datuk Amar Jamilah Anu seperti mana
mereka menyokong arwah bapanya dulu.
Azizul Annuar berkata ibunya tahu apa yang diingini masyarakat Lundu
dan berjanji akan meneruskan perjuangan Allahyarham Adenan di Tanjong
Datu sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat baharu kawasan itu pada 18
Feb nanti.
“Ibu saya mengucapkan terima kasih kepada anda semua kerana sebelum ini memberi sokongan padu kepada arwah bapa saya dan ibu mengharapkan sokongan yang sama daripada anda semua,” katanya semasa berucap pada majlis pemimpin bersama rakyat di Sungai Limo di sini.
Bercakap kepada pemberita kemudian, Azizul Annuar berharap kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg akan menyelesaikan masalah tanah Hak Adat Bumiputera penduduk Iban di kawasan itu secepat mungkin.
Pada pilihan raya kecil Tanjong Datu ini, Jamilah yang cuba mempertahankan kerusi Allahyarham suaminya bagi Barisan Nasional ditentang calon Parti Bansa Dayak Sarawak Baru Rapelson Richard Hamit dan calon Parti Reformasi Negeri Johnny Aput.-MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan