HALAMAN SANTAI

Rabu, 1 Februari 2017

Annuar buat penjelasan apabila pulang dari luar negara

ANTARAPOS.COM

Post Pic
 
 
SHAH ALAM: Tan Sri Annuar Musa akan membuat penjelasan apabila pulang dari New Zealand pada Khamis.
 
Annuar, yang digantung tugas sebagai pengerusi MARA berkata, adalah lebih baik jika beliau memberi penjelasan sebaik sahaja tiba di Malaysia.
 
"Saya masih berada di luar negara buat masa ini dan saya tidak mahu kenyataan saya diputarbelit.
 
"Tunggu sehingga saya pulang," katanya dipetik mStar Online.
 
Dalam kenyataan menerusi laman sosial Facebook, Annuar berkata, beliau kini berada di New Zealand dan akan memendekkan lawatan sebagai tanda patuh terhadap penggantungan tersebut.
 
Annuar digantung tugas sebagai Pengerusi MARA dan Pelaburan MARA Berhad (PMB) berkuat kuasa serta merta pada semalam. 
 
Ahli Majlis MARA, Datuk Dr Yusof Yacob, berkata keputusan itu bagi memberi laluan kepada siasatan dalaman berhubung dakwaan salah laku dan penyelewengan kuasa dikaitkan terhadap Annuar, berkaitan tajaan pasukan bola sepak Kelantan dan Universiti Kuala Lumpur (UniKL) oleh dua agensi berkenaan. 
 
SPRM juga mengesahkan membuka kertas siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dan salah guna kuasa Annuar dalam MARA.
 
 

Tiada ulasan: