shahbudindotcom
1. Ketua Penerangan Umno Tan Sri Annuar Musa telah
digantung jawatan serta merta sebagai Pengerusi Majlis Amanah Rakyat
(Mara ) dan Pengerusi Pelaburan Mara Bhd (PMB) susulan isu penajaan
UniKL dan pelaburan Mara Berhad ke atas pasukan bola sepak Kelantan The
Red Warriors (TRW).
Saya ucapkan tahniah diatas
keberanian dan ketegasan pengurusan Mara dan Ahli majlis Mara yang
bermesyuarat khas tanpa pengetahuan Annuar Musa untuk menggantung
jawatan beliau dengan serta merta.
2.
Penggantungan terhadap Annuar Musa diambil kononnya untuk memasti dan
mengelak dari sebarang campur tangan Annuar Musa terhadap pasukan audit
dalaman Mara membuat siasatan.
Tindakan ini
bagi saya adalah langkah yang wajar untuk memastikan tiada unsur salah
guna kuasa dilakukan oleh orang yang berkepentingan iaitu Annuar Musa.
Langkah
sebegini wajar menjadi amalan dalam semua peringkat pengurusan
pentadbiran negara kerana setiap salah laku hendaklah dilaporkan tanpa
memihak, tanpa gentar, tanpa berat sebelah dan tanpa mengambil kira
siapa yang melakukannya.
3. Persoalannya adakah
amalan ini juga membabitkan anggota kabinet dari Perdana Menteri hingga
ke peringgat Timbalan Menteri dan juga di peringkat kerajaan negeri.
Menggantung
Annuar Musa untuk siasatan yang membabitkan penajaan tak sampai RM2
juta berbanding siasatan keatas PM Najib dan akaun peribadinya dengan
wang 1MDB berjumlah RM2.6 bilion dan wang SRC RM42 juta adalah sesuatu
yang pelik serta tidak munasabah.
Memang tiada
peruntukan undang-undang untuk menggantung PM tetapi PM Najib boleh
dengan rela hati menggantung tugasnya sebagai PM dan Menteri Kewangan
dengan mengambil cuti dan jawatan PM serta Menteri Kewangan dipangku
untuk mengelak dari campur tangan dan salahguna kuasa Najib yang boleh
mengganggu pasukan penyiasat.
4. Oleh kerana
Najib masih berdiri sebagai PM semasa siasatan dibuat keatasnya dan 1MDB
maka berlaku 'kacau-bilau' dalam SPRM semasa diserbu PDRM sehingga
berlaku pertukaran segera pegawai SPRM ke Jabatan Perdana Menteri (JPM)
walaupun kemudiannya dibatalkan adalah membuktikan memang berlaku unsur
salahguna kuasa orang yang berkepentingan iaitu Najib.
Apa
tidaknya,dalam kes memecat Timbalan Perdana Menteri (TPM) pada tahun
2016, Najib menggunakan kuasanya sebagai orang yang berkepentingan dalam
kes sisatan untuk memecat TPM dan Peguam Negara semata-mata bagi
mengelak Najib didakwa.
Malangnya rakyat
Malaysia kerana dipimpin oleh jemaah menteri dan pemimpin Umno/BN
sebagai kerajaan yang korup serta Ketua Polis Negara dan Peguam Negara
yang 'pelahap' (glutton).
Masakan pokok semakin bergoyang, jika tiada angin yang meniupnya.
DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
Tiada ulasan:
Catat Ulasan