Menurut Salahuddin, terjejasnya imej dan maruah negara akibat dari isu MO1 dan 1MDB bukanlah satu tohmahan yang tidak berasas tetapi isu ini telah benar-benar menjadi bahan lawak dikalangan masyarakat antarabangsa
KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddon Ayub hari ini menegas bukan menteri kanan tetapi Perdana Menteri (Najib Razak) yang sepatutnya letak jawatan.
Dalam satu kenyataan, Salahuddin berkata sekiranya Malaysia telah memiliki ideks intergriti yang membanggakan bukan seorang menteri kanan tetapi Perdana Menteri Najib lah yang sepatutnya meletakan jawatan.
Beliau berkata demikian ekoran dakwaan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali mendakwa semalam bahawa seorang menteri kanan hendak meletak jawatan selepas berasa tidak senang dengan isu-isu membabitkan negara di mata dunia.
Walaupun, namanya tidak didedahkan, Menteri Luar Negeri, Anifah Aman diwar-warkan sebagai bertimbang untuk meletak jawatan.
Bagaimanapun, Najib menepis dakwaan Azmin Ali dan mendakwa Menteri Besar Selangor itu berbohong.
Menurut Salahuddin, terjejasnya imej dan maruah negara akibat dari isu MO1 dan 1MDB bukanlah satu tohmahan yang tidak berasas tetapi isu ini telah benar-benar menjadi bahan lawak dikalangan masyarakat antarabangsa.
“Sekiranya isu pengkhianatan amanah dan urus tadbir M01 dan 1MDB berlaku di negara-negara yang mengamalkan keamanahan tahap cemerlang seperti Iceland, New Zealand, Jepun, Sweden dan Singapura, sudah pasti Presiden, Perdana Menteri dan menteri-menteri yang telah meletakan jawatan demi memelihara intergriti dan maruah bangsa dan negara mereka,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan