KUALA LUMPUR: Polis kini bersiap sedia menghadapi pilihan raya umum
ke-14 dengan memastikan setiap anggota mendapat latihan mencukupi dari
segi mental, perundangan, fizikal dan aset kelengkapan, kata Ketua Polis
Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Beliau berkata beberapa aspek seperti modal insan dan persiapan
menghadapi PRU-14 dibincangkan menerusi amanat beliau sempena
Persidangan Ketua-Ketua Jabatan Pengurusan dan Institusi Latihan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) di Johor Bahru hari ini.
"Kami sedang merancang untuk mempersiapkan anggota bagi menghadapi
kempen melampau dan ucapan berbentuk hasutan yang menggusarkan
masyarakat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan