KUALA LUMPUR: Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) hari ini memperkenalkan
Skim Pembiayaan Fleksibel (SPEF) bagi membantu mereka yang sukar
mendapat pembiayaan perumahan.
SPEF membolehkan pemohon yang membuat pembelian rumah kali pertama mendapat pembiayaan sesuai dengan pendapatan mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif PR1MA, Datuk Abdul Mutalib Alias, berkata skim
itu membolehkan pembeli yang layak membayar ansuran bulanan pinjaman
rumah pada kadar yang lebih rendah daripada pinjaman biasa.
Skim ini khas untuk pembeli kediaman PR1MA dan ia memudahkan pembeli
rumah pertama kerana ia meningkatkan peluang mereka mendapatkan pinjaman
serta memberikan akses kepada jumlah pinjaman yang lebih tinggi
berbanding pinjaman konvensional.
Beliau berkata demikian pada sidang media khas mengumumkan skim itu hari ini.
Skim itu adalah susulan pengumuman Bajet 2017 oleh Perdana Menteri
mengenai pembiayaan baru PR1MA untuk membolehkan lebih ramai dapat
peluang memiliki kediaman.
Skim pembiayaan itu dilaksanakan PR1MA dengan kerjasama Bank Negara, Maybank, CIMB, RHB dan AmBank.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan