DOHA: Qatar melalui Qatar Development Fund (QDF) bersetuju untuk
membantu pelarian Rohingya dari Myanmar yang berada di Malaysia.
Melalui kerjasama itu, QDF akan menyalurkan bantuan kewangan, manakala
Malaysia melalui Majlis Keselamatan Negara (MKN) menjadi penyelaras
projek.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata
peruntukan itu akan disalurkan kepada tiga aspek utama, iaitu latihan,
pendidikan dan kesihatan.
Katanya, pelarian yang layak menerima bantuan adalah mereka yang
mempunyai kad Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).
"Latihan separa mahir dan mahir akan diberikan kepada pelarian Rohingya
dan selepas tamat, mereka berpeluang bekerja di bidang perladangan dan
perkilangan, terutama pengeluaran perabot," katanya selepas mengakhiri
lawatan kerja ke Qatar, malam tadi.
Katanya, dana dari QDF juga akan digunakan untuk menubuhkan kelas pra sekolah dan sekolah rendah untuk anak pelarian Rohingya.
Selain itu, katanya satu skim insurans dengan caruman dibayar oleh QDF
dicadangkan diperkenalkan bagi membolehkan pelarian Rohingya mendapat
bantuan perubatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan