shahbudindotcom
Semua isu-isu yang timbul sejak Dato' Seri Najib menjadi Perdana Menteri dan Menteri Kewangan tidak melibatkan Lim Kit Siang.
Apakah isu-isu tersebut?
1. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong pengenalan GST yang membebankan rakyat jelata.
2. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong keputusan menghapuskan subsidi sehingga naik harga barang dan toll.
3. Lim Kit Siang tidak mencadang atau menyokong kenaikan harga minyak petrol dan diesel.
4.
Lim Kit Siang tidak pernah bersetuju untuk menggunakan wang KWAP
untuk melabur dalam perniagaan atau perusahaan yang tidak menguntungkan.
5.
Lim Kit Siang tidak pernah dirundingi untuk menukar surat hak-milik
tanah peneroka Felda yang sangat bernilai dan tidak turun harganya
dengan sijil saham yang tidak menentu harganya dan kini harga sahamnya
merudum turun kerana dilanda kerugian.
6.
Lim Kit Siang tidak pernah menjadi perajurit dalam angkatan tentera dan
tidak tahu menahu mengenai Lembaga Tabung Angkatan Tentera; beliau
tidak terlibat dalam keputusan menggunakan wang tabung LTAT untuk
membiayai projek yang tidak menguntungkan.
7.
Lim Kit Siang tidak pernah pinjam duit Mara untuk berniaga atau sebagai
biasiswa waktu beliau belajar; beliau juga tidak pernah merestui
penyelewengan yang kini dikatakan berlaku dalam MARA.
8.
Lim Kit Siang belum memeluk ugama Islam dan beliau tidak pun tahu
mengenai salahguna wang Lembaga Urusan dan Tabung Haji untuk pelaburan
yang merugikan.
9.
Lim Kit Siang, kerana belum memeluk ugama Islam, tidak pernah membayar
zakat itulah sebabnya dia tidak tahu bahawa pejabat ugama mengadakan
lawatan ke Paris sebagai salah satu acara dalam 'Kursus Pernikahan'.
10.
Lim Kit Siang bukan seorang Melayu/Bumiputera dan dia tidak merasa
penderitaan, dan bukan sebab kepada penderitaan, maka biasiswa anak-anak
Melayu dikurangkan jumlahnya oleh kerajaan.
11. Bukan Lim Kit Siang yang menamatkan khidmat Peguam Negara.
12. Bukan Lim Kit Siang yang menukar pegawai MACC kerana menyelidiki kes yang melibatkannya.
13.
Bukan Lim Kit Siang yang mencadangkan dikenakan label OSA atas semua
hasil penyelidikan atas sebarang salahlaku dalam apa jua syarikat, badan
dan agensi kerajaan.
14.
Bukan Lim Kit Siang yang menghalang Bank Negara Malaysia dari mengambil
tindakan atas penyelewengan dalam institusi kewangan dalam dan luar
negara.
15.
Bukan Lim Kit Siang yang mencadang untuk membeli kapal selam Scorpine;
dan bukan dia yang suruh Sirul dan rakannya untuk membunuh Altantuya.
16.
Bukan Lim Kit Siang yang suruh SPRM untuk menyelidik dan tangkap
perasuah-perasuah kecil supaya perasuah yang lebih hebat kelihatan tidak
rasuah.
17.
Bukan Lim Kit Siang yang mengarah media perdana supaya setiap hari
mengutuk Tun Dr. Mahathir walaupun beliaulah yang telah mengharumkan
negara Malaysia di zaman pemerintahannya selama 22 tahun menjadi Perdana
Menteri.
18. Lim Kit Siang tidak pernah terbabit dalam sebarang skandal seks.
19. Lim Kit Siang tidak pernah terlibat dalam sebarang skandal kewangan.
20.
Lim Kit Siang tidak menjadi pengeluar filem lucah di Hollywood dengan
memakan belanja wang yang disalurkan dari syarikat milik negara.
21.
Lim Kit Siang tidak pernah melabur wang negara yang dicurinya di
Singapura, Hongkong, New Zealand, Switzerland, United Kingdom, Amerika
Syarikat dan namanya tidak pernah disebut sebagai penjenayah dalam mana
jua mahkamah didunia.
22.
Lim Kit Siang tidak pernah merancang untuk membawa 1.5 juta rakyat dari
Bangladesh sehingga rakyat Bangladesh melebihi jumlah rakyat keturunan
India yang ada dalam negara sekarang ini.
23.
Lim Kit Siang juga bukan perancang untuk membenarkan ratusan ribu Cina
dari negara Komunis China untuk membeli harta milik tetap (freehold) dan
tinggal di negara ini.
24.
Lim Kit Siang juga tidak boleh disalahkan jika harta-harta yang sangat
bernilai seperti Lapangan Terbang Sungai Besi dijual kepada syarikat
dari negara Komunis China.
25.
Lim Kit Siang tidak boleh disalahkan jika kos pembangunan satu-satu
projek, seperti keretapi di Pantai Timur dinaikkan harganya sehingga
Negara terhutang sejumlah yang sukar untuk dibayar dari hasil projek
berkenaan.
26. Lim Kit Siang menyokong RUKUNEGARA dan tidak pernah menentangnya.
27.
Lim Kit Siang menyokong dan tidak pernah menentang PERLEMBAGAAN.
Justeru itu, Lim Kit Siang turut mendaulatkan RAJA-RAJA MELAYU, Lim Kit
Siang menyokong BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN. Lim Kit Siang
menyokong ISLAM MENJADI UGAMA PERSEKUTUAN. Lim Kit Siang menyokong HAK
ISTIMEWA ORANG-ORANG MELAYU DAN BUMIPUTERA, walaupun Lim Kit Siang tidak
menegur apabila Hak Istimewa ini tidak dinikmati secara keseluruhan
bangsa Melayu/Bumiputera.
28.
Lim Kit Siang menyokong serampang dua mata DASAR EKONOMI BARU iaitu
untuk MEMBASMI KEMISKINAN dan MENYUSUN SEMULA MASYARAKAT, tetapi Lim Kit
Siang menegur apabila terlalu ramai orang Melayu dan kaum-kaum lain
yang masih ramai kekal miskin dan Lim Kit Siang juga menegur apabila
peroses menyusun semula masyarakat tidak mencapai matlamat kerana cara
pelaksanaannya.
29.
Lim Kit Siang tidak bertanggungjawab, malah tidak tahu menahu mengenai
penubuhan 1MDB; tidak pernah menjadi penasihat atau ahli lembaga
pengarah, pegawai atau pekerjaa di 1MDB.
Oleh
itu, patutkah Datuk Zaid Ibrahim untuk takut berkawan dengan DAP dan
berjuang menentang rasuah dan ketidakadilan bersama mereka?
Alangkah baiknya jika ramai pemimpin Melayu seperti LIM KIT SIANG.
Salahkah
Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bergabung tenaga dengan Lim Kit Siang,
dan mereka yang sejenis sikap dengannya, untuk sama-sama menentang
penyelewengan, rasuah dan pengkhianatan kepada negara?
Salahkah
Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk membetulkan kesilapannya kerana telah
salah menanam budi dan memilih pengganti2nya yang beliau tidak sangka
menjadikan negara dipandang hina seperti sekarang dan rakyat jelata
menderita kerana beban hutang negara yang bertimbun dan tidak mungkin
selesai dibayar oleh anak, cucu dan cicit kita semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan