Oleh Siti
Fatimah Ishak
KUALA LUMPUR– Bukan sekadar pengusaha judi, bahkan pemain judi beragama Islam juga perlu
dibanteras.
Itu antara
cadangan Presiden Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Wilayah Persekutuan,
Datuk Rosli Sulaiman melihat situasi judi haram melibatkan orang Melayu Islam
yang semakin parah.
Katanya,
pesalah judi perlu ditangkap dan dihadapkan ke Mahkamah Syariah.
“Kalau banteras
pengusaha judi sahaja tak cukup, kita kena banteras orang yang main judi.
“Mereka yang
ditangkap kita beritahu pada umum, ini sebagai pengajaran. Bukan apa, 85
peratus pengunjung pusat judi adalah beragama Islam,” katanya dalam satu sidang
media hari ini.
Dalam masa
sama, Datuk Rosli meminta Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk turut
serta memainkan peranan banteras judi di negeri ini.
Katanya, Jawi
patut memainkan peranan mendidik umat Islam tentang kegiatan judi haram yang
merosakkan seluruh masa depan.
“Antara lain,
Jawi boleh sama-sama awasi kelab judi. Jawi boleh turut serta dengan pihak
polis demi membanteras masalah judi,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan