Suruhanjaya Pencegahan
Rasuah Malaysia (SPRM) tidak menerima sebarang pemohonan bagi maklumat
berhubung 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari Jabatan Keadilan
(DoJ) Amerika Syarikat yang memfailkan saman terbaharu bagi mendapatkan
aset-aset didakwa diselewengkan daripada syarikat tersebut.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Datuk Dzulkifli
Ahmad berkata, sehingga hari ini, pihaknya tidak menerima sebarang
pemohonan mahupun makluman dari pihak DoJ .
“Selain SPRM, saya difahamkan Polis
Diraja Malaysia (PDRM) dan Jabatan Peguam Negara juga tidak dimaklumkan
mengenai perkara itu. Ini kali kedua pihak DoJ bertindak sedemikian,”
katanya ketika merujuk kepada langkah terbaru DOJ itu.
Sebelum itu, Dzulkifli melancarkan Program Sahabat SPRM di sebuah pusat membeli belah.
Ketika ditanya pemberita mengenai siasatan terhadap 1MDB, beliau berkata perkara itu berada di bawah bidang kuasa PDRM.
“Apa-apa yang berkaitan dengan 1MDB kita
serahkan kepada polis dan siasatan masih lagi dijalankan, kita tidak
mahu ‘overlaps’ (bertindih) kerja,” katanya.– Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan