HALAMAN SANTAI
Rabu, 7 Jun 2017
Palestin: Saddam, Gaddafi telah tiada, Qatar dipencil
Oleh DR AZMAN IBRAHIM
SADDAM bukan seorang pemimpin Islamik. Tapi dia sangat mengambil berat tentang Palestin. Ketika Perang Teluk 1990, peluru berpandu Iraq, Abbas dan Hussein telah sampai ke jantung Tel Aviv.
Selepas Perang Teluk, orang Palestin yang menjadi pelarian di Kuwait telah dihalau keluar dari Kuwait. Saddam menerima mereka untuk tinggal di Iraq. Ada di kalangan orang Palestin yang dihalau dari Kuwait dan menetap di Iraq menjadi teman sekelas saya di University Baghdad.
Isu Palestin sentiasa meniti di bibir Saddam dalam ucapan-ucapan beliau. Sekarang Saddam telah tiada...
Muamar Gaddafi juga antara pemimpin yang mengambil berat tentang ummat Islam yang ditindas termasuk Palestin. Saya pergi ke Selatan Fiilipina. Nama Gaddafi disebut di sana sebagai pemimpin yang banyak membantu ummat Islam yang tertindas di Selatan Philipina. Sekarang Gaddafi telah tiada...
Dr Mohamad Morsi telah membuka seluas-luasnya sempadan Mesir-Gaza untuk membolehkan bantuan dihantar ke Gaza ketika era pemerintahan singkat beliau. Malah Morsi pernah menyebut dalam ucapannya bahawa kita akan membebaskan Palestin dan solat di Masjidil Aqsa. Sekarang Morsi sedang dipenjara.
Qatar adalah negara penyumbang terbesar dana pembangunan semula Palestin yang dimusnahkan Israel. Sekarang Qatar sedang cuba dipencilkan...
Cubalah kita lihat dan fahami dengan mata hati krisis yang berlaku ini.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan