KUALA LUMPUR: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri
Idris Jala yang dilantik sebagai pihak bebas dalam menyelesaikan kemelut
Felda Global Ventures Holdings (FGV) mengesahkan pihaknya sedang dalam
proses mengumpul bukti untuk tindakan lanjut.
Tanpa mahu mengulas lanjut, beliau berkata setakat ini pihaknya belum menubuhkan sebarang jawatankuasa khas bagi tujuan itu.
"Saya tidak mahu mengulas tentang perkara ini kerana masih lagi
mengumpul semua maklumat. Setakat ini juga kami tidak menubuhkan
sebarang komuniti lagi," katanya ketika ditemui pemberita di Menara
Felda tadi.
Beliau yang tiba di Menara Felda pada jam 2.33 dan dilihat menaiki lif
ke tingkat 45, enggan mengulas lanjut biarpun di dikerumuni wartawan dan
hanya berjalan memasuki kenderaan dengan diiringi polis bantuan Felda.
Kerajaan semalam melantik Idris untuk bertanggungjawab mengumpul fakta
kes dan membuat cadangan penyelesaian berhubung keputusan FGV
mengarahkan Ketua Pegawai Eksekutif, Ketua Pegawai Kewangan dan dua
pengurusan kanannya bercuti berkuasa, kelmarin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan