HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 September 2017

Dadah, keciciran pendidikan isu sebalik tragedi tahfiz terbakar

KEADILAN DAILY

 Wan Azizah


Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Wan Azizah Ismail berpendapat tragedi kebakaran tahfiz baru-baru ini secara tidak langsung menyerlahkan dua lagi masalah serius iaitu penyalahgunaan dadah di kalangan pelajar dan keciciran pendidikan.

Menurutnya, kerajaan wajar menumpukan perhatian kepada masalah ini di samping tujuh remaja yang disyaki terlibat dalam insiden itu.

“Memandangkan kemelut ini berlarutan sebagai masalah besar negara, maka saya cadangkan menteri dalam negeri mengundang semua wakil parti politik, NGO dan lain-lain untuk mengadakan perbincangan mengenai masalah dadah dalam negeri,” katanya dalam kenyataan.

Presiden PKR itu berkata, penyalahgunaan dadah kini merebak ke seluruh pelosok negara.

“Hampir setiap keluarga terkesan secara langsung atau melalui kenalan mereka.

“Jumlah penagih terutama di kalangan masyarakat Melayu dan India mencecah ratusan ribu,” kata ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

Dakwanya, walaupun terdapat undang-undang keras, penagih dan pengedar diberkas, namun jarang sekali kedengaran pengedar besar dadah didakwa.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh pada 16 September berkata semua tujuh suspek berusia antara 11 hingga 18 tahun itu ada yang masih bersekolah dan ada yang tidak.

Keputusan ujian air kencing pula menunjukkan enam daripada tujuh suspek positif ganja.

Tiada ulasan: