HALAMAN SANTAI

Sabtu, 2 September 2017

DAP Selangor Tolak Azmin Ali ? -Dr Kamarul





Sebulan yang lalu, saya telah dimaklumkan bahawa DAP Selangor telah memutuskan untuk menolak Datuk Seri Azmin Ali sebagai Menteri Besar Selangor yang baru jika Pakatan Harapan masih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14.

Saya juga dimaklumkan bahawa keputusan DAP Selangor ini telah disampaikan oleh Timbalan Pengerusi DAP Selangor merangkap Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo, kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Azmin Ali sendiri.

Semalam, perkara yang tidak diketahui umum ini didedahkan secara terbuka dalam satu WhatsApp Group oleh seorang pemimpin AMANAH.

Sejak dimaklumkan mengenai perkara ini, beberapa persoalan terus sahaja terlintas di fikiran saya:

(1) Kenapa begitu awal sekali DAP Selangor membuat keputusan ini?

(2) Bagaimana Ahli EXCO Kerajaan Negeri dari DAP boleh berkhidmat dengan baik kepada Datuk Seri Azmin Ali tatkala DAP Selangor telah membuat keputusan ini?

(3) Apakah keputusan DAP Selangor ini merupakan satu bentuk campur tangan ke atas urusan dalaman PKR?

(4) Siapakah di kalangan pemimpin PKR Selangor yang dipersetujui oleh DAP Selangor untuk menjadi Menteri Besar Selangor yang baru jika Pakatan Harapan masih memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14?

(5) Apakah kesan keputusan DAP Selangor ini terhadap hubungan antara sesama pemimpin PKR Selangor serta antara pemimpin PKR Selangor dan pemimpin parti-parti politik lain di Selangor?

Dr Kamarul Zaman Yusoff,
Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia (MAPAN),
Universiti Utara Malaysia (UUM).

Tiada ulasan: