TUMPAT: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mahu semua pihak
menghormati proses siasatan yang dijalankan oleh agensi itu dengan tidak
mengeluarkan sebarang kenyataan sehingga boleh menggangu siasatan.
Ketua Pesuruhjayanya, Tan Sri Dzulkifli Ahmad berkata, apabila sesuatu
siastan dijalankan, mana-mana pihak diharap tidak memberikan sebarang
komen atau pembelaan.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan kepada mana-mana
pihak yang melakukan tindakan yang boleh menjejaskan siasatan.
Hormatilah proses siasatan, kita melakukan siasatan mengikut
undang-undang.
“Beri ruang kepada kami untuk siasat dan membuat keputusan,” katanya
kepada pemberita selepas merasmikan Kembara Jelajah Antirasuah 2017
(Kejar 17) sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas SPRM Ke-50 peringkat
negeri Kelantan di sini hari ini.
Semalam Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa dilaporkan berkata bahawa penahanan tiga kakitangannya oleh SPRM bersifat politik.
Pemimpin PKR itu juga mendakwa penahanan tersebut adalah tidak berasas
selain menegaskan bahawa mereka yang ditahan itu sebagai tidak bersalah.
Ketiga-tiga kakitangan Sivarasa iaitu Setiausaha Politik, pembantu
peribadi dan keraninya direman selama empat hari bermula semalam bagi
membantu siasatan kes meminta dan menerima rasuah bernilai RM20,000.
Bagaimanapun Dzulkifli menegaskan SPRM tidak memilih sama ada seseorang
itu anggota parti pemerintah atau pembangkang dalam menjalankan
tugasnya untuk membebaskan negara daripada rasuah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan