HALAMAN SANTAI

Sabtu, 23 September 2017

Hanya Parti Politik Bodoh Saja Akan Terima Mat Taib – PKR

Suara Kebenaran




PKR hari ini, tambahan kepada beberapa kenyataan yang telah dibuat pimpinan tertingginya seperti Datuk Seri Azmin Ali dan YB Zuraidah Kamarudin, menyifatkan hanya parti politik bodoh dan terdesak saja yang menerima orang politik pencen seperti Tan Sri Mohamad Mohd Taib (Mat Taib).

Mat Taib menyertai semula UMNO setelah 5 tahun keluar dari parti tersebut.

Jelasnya, pada usia 72 tahun hari ini, Mat Taib tidak mampu memberikan apa-apa sumbangan kepada politik hari ini dan UMNO memang bodoh kerana menerima Mat Taib semula.  Elok Tun Mahathir lagi yang 20 tahun lebih tua dari Mat Taib tapi mampu memberi impak yang besar kepada Pakatan Harapan

Semasa dalam PKR pun, Mat Taib tidak banyak membantu.  Semua tugasan yang diserahkan kepadanya, gagal dijalankan dengan sempurna sehingga memberi kesan kepada parti.

Mat Taib ditugaskan untuk menawan sokongan melayu kampung dan peneroka Felda sepanjang berada dalam PKR dan dia jelas gagal menjalankan tanggungjawab itu berikutan sokongan dari kelompok tersebut yang tidak banyak menunjukkan kenaikan kepada PKR dan Pakatan Harapan.

Tiada ulasan: