KUALA LUMPUR: Lima pekerja warga asing parah manakala dua lagi cedera
ringan selepas gas memasak di sebuah restoran kopitiam terkenal meletup
di Jalan Subang 10 di sini pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani
Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 8.04
pagi dan sebanyak tiga jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BB)
Subang Jaya dikejarkan ke lokasi kejadian.
“Kesemua mangsa berjaya dikeluarkan dan kini dibawa ke Hospital Serdang
untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan