HALAMAN SANTAI

Jumaat, 22 September 2017

Pemikir Amanah Dedah Strategi PKR Mahu Berkerjasama Dengan PAS






 Pemikir Parti Amanah Negara, Abdul Rahman Abdul Talib mendedahkan rahsia di sebalik strategi PKR yang bersungguh-sungguh mahu bekerjasama dengan PAS bagi merealisasikan cita-cita ‘satu lawan satu’ pada PRU 14.

Menurutnya, strategi itu memerangkapkan PAS supaya tewas di semua kerusi yang dipertandingkan, namun dalam masa sama kerusi PKR selamat apabila parti Keadilan itu masih berdiri teguh dalam Pakatan Harapan (PH) yang dianggotai DAP, PKR, Amanah dan PPBM.

“PAS tidak bertanding di kerusi PKR. PAS akan kalah semua kerusi walaupun bertanding satu lawan satu.

“Yang akan menang hanyalah PKR dan DAP sekaligus memerintah beberapa negeri dan mungkin Malaysia,” dedah Abdul Rahman dalam Facebook.

Tambahnya, idea bekerjasama dengan PAS ini dikemukakan oleh kumpulan peguam dan aktivis hak asasi yang mempengaruhi Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamad Azmin Ali.

Kumpulan itu adalah Sivarasa Rasiah (peguam dan Ahli Biro Politik PKR), Lateffa Koya (peguam dan Ahli Majlis Tertinggi PKR), N Surendran (peguam dan Ahli Biro Politik PKR), Dr Xavier Jayakumar (Naib Presiden PKR dan Pengarah Pilihan Raya PH Selangor), Dato’ Ambiga Sreenevasan (peguam dan aktivis hak asasi) dan Elizabert Wong (Exco Kerajaan Selangor dan aktivis hak asasi).

“Tujuan utama hendak membunuh gerakan politik Islam di Malaysia.

“Kita jangan lupa orang seperti Sivarasa, Surendran, Ambeega dan sebagainya adalah dari Bar Council. Waktu kes Lina Joy dulu Sivarasa antara yang menyolong murtad Lina Joy.

“Latheefa Koya memang kepala otak liberal berlagak alim tapi jahil.

“Mereka ni semua membawa agenda liberal pro homosexual, pro feminsima, anti politik Islam, pro LGBT dan saya suspek mereka mendapat wang dari badan-badan NGO antarabangsa (takda bukti),” dedahnya lagi.

Tiada ulasan: