Tindakan DBKL yang mengharamkan penganjuran Better Beer 2017 yang dijadual bakal di adakan di Sri Hartamas, Kuala Lumpur, pantas mendapat kecaman dari ramai pemimpin DAP.
Dakwa mereka, pengharaman ini dilihat seperti satu diskriminasi kaum di mana tidak menjadi satu kesalahan buat bangsa lain yang bukan beragama Islam untuk menganjurkan festival seumpama ini. Tambahan pula, ianya dilakukan di tempat tertutup dan bukannya ditempat terbuka.
Dalam pada itu, diberitakan, kerajaan negeri Selangor bersedia untuk menganjurkan festival ini di Selangor.
Menurut sumber kerajaan negeri, sekiranya DAP berminat, festival ini boleh diadakan di Shah Alam di mana kemudahan seperti kanopi turut akan disediakan oleh kerajaan negeri.
Jelas sumber ini, kerajaan negeri cukup menghormati kesaksamaan kaum dan agama lain. Justeru katanya, tidak menjadi kesalahan untuk menganjurkan festival ini di Shah Alam.
Pada masa yang sama, kerajaan negeri juga akan meletakkan beberapa orang pengawal yang akan bertindak menghalang umat Islam masuk ke festival berkenaan. Malah, pengawal itu juga akan bertindak sebagai penyurai sekiranya ada beberapa parti cuba mencetuskan huru hara pada festival berkenaan.
Kini terpulang kepada DAP dan penganjur untuk mengalihkan festival berkenaan dari Sri Hartamas ke Shah Alam. Dengan cara ini diharapkan, pelancong luar akan menikmati festival yang aman disamping menyerlahkan pendirian kerajaan Selangor yang fleksibel dalam beragama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan