SELANGOR KINI
NEW DELHI: Syarikat elektronik India, Hero Electronix,
mengambil alih Spectrum Integrated Technologies Sdn Bhd, Malaysia bagi
mengembangkan perniagaan kejuruteraannya di Asia Tenggara.
Spectrum, yang membuat papan litar bercetak di kemudahannya di Johor Bahru, mempunyai 100 pekerja.
Pengambilalihan itu dilaksanakan menerusi Tessolve Semiconductor Pvt
Ltd, sebuah syarikat reka bentuk dan pengujian semikonduktor yang
berpangkalan di Bangalore.
Tessolve yang sudah memiliki kemudahan reka bentuk dan pengujian di
Pulau Pinang dengan 70 pekerja, tidak menyatakan jumlah bayaran untuk
pengambilalihan berkenaan.
Hero turut membeli firma Singapura, Lynxemi Pte Ltd, yang terlibat dalam perniagaan makmal pengujian semikonduktor.
Pengambilalihan itu membantu Tessolve beralih daripada perkhidmatan
kejuruteraan ujian semikonduktor kepada penyedia penyelesaian
menyeluruh, kata Hero Electronix yang berpangkalan di New Delhi, yang
merupakan sebahagian kumpulan Hero, pengeluar motosikal terkemuka di
India.
“Matlamat kami daripada pengambilalihan ini adalah untuk memenuhi
jurang yang akan membantu kami menangani penyelesaian kepada pelanggan
yang meliputi keupayaan kejuruteraan dan infrastruktur strategik,” kata
Ketua Eksekutif Tessolve, P Raja Manickam.SUMBER: BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan