OLEH NAZLI IBRAHIM
SHAH ALAM: Nasib golongan pekerja dan rakyat tidak boleh
dikorbankan demi memenuhi tuntutan nafsu masing-masing, kata Exco
Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar
Abdul Samad.
Katanya, tindakan mengorbankan pihak lain atas tuntutan nafsu akan mengakibatkan balasan keras di akhirat.
“Tetapi jangan pula kita mengorbankan orang lain. Jangan pula majikan
mengorbankan pekerja, pemimpin mengorbankan pengikut atau pemimpin
mengorbankan rakyat semata-mata kerana hawa nafsu masing-masing dan
ingatlah balasan Allah SWT itu amat keras,” katanya dalam Perutusan Hari
Raya Aidil Adha di sini, hari ini.
Katanya, masyarakat di Malaysia pada masa ini masih bernasib baik
kerana belum lagi perlu mengorbankan nyawa tetapi hanya berkorban
tenaga, wang ringgit, harta benda, keselesaan, masa dan ego.
Iskandar turut mengingatkan semua golongan masyarakat tidak jemu
meneruskan perjuangan masing-masing yang ada kalanya memerlukan
pengorbanan.
“Ibu bapa berkorban demi keluarga, anak berkorban demi ibu bapa, guru
berkorban demi murid, majikan berkorban demi pekerja, pemimpin
berkorban demi pengikut dan pemimpin berkorban demi rakyat.
“Semoga pengorbanan Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS akan menjadi satu motivasi meneruskan usaha kita,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan