HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 April 2018

Himpunan Kalahkan Pencuri



Seorang lelaki berteduh di bawah payung pada 'Himpunan Kalahkan Pencuri' di Tugu Negara,   Kuala Lumpur pagi tadi. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari,
 

WALAUPUN jalan ditutup dan diugut akan ditangkap, hampir 800 orang mengabaikan arahan polis dan berarak ke pintu Parlimen hari ini ( 28 Mac ) untuk membantah laporan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Perarakan diberi nama 'Himpunan Kalahkan Pencuri'  itu yang dianjurkan oleh kumpulan pendesak perubahan pilihan raya Bersih 2.0 bermula jam 8.00 pagi hari ini di Tugu Negara dengan  hampir 50 orang memakai baju berwarna kuning dan memegang plakad mendesak pilihan raya telus dan adil diadakan dan pembatalan cadangan persempadanan semula.

Khalayak perarakan semakin bertambah apabila pemimpin kumpulan masyarakat sivil dan pemimpin pembangkang- termasuk Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad dan isteri, Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di Tugu Negara untuk menyertai penunjuk perasaan.

Lengkap dengan tongkat, gas pemedih mata dan perisai, pegawai daripada Pasukan Penggempur Ringan (LSF) bersama-sama anggota polis cuba menghalang khalayak hampir 800 orang itu untuk berarak ke Parlimen bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada Perdana Menteri Najib Razak dan Speaker Dewan Rakyat Pandikar Amin Mulia.

Mereka yang menyertai perarakan hari ini mengatakan Najib akan membentangkan laporan persempadanan semula di Parlimen hari ini untuk “mencuri Pilihan Raya Umum ke-14”, menambah yang gerimander yang dilakukan terlalu ketara.


Seorang lelaki menjual 'headband' tertulis "Bersih 5" pada 'Himpunan 
Kalahkan Pencuri' berhampiran Tugu Negara, Kuala Lumpur hari ini. 
– Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal
 
Pengerusi Pakatan Harapan Dr Mahathir Mohamad berucap pada 
'Himpunan Kalahkan Pencuri' di luar bangunan Parlimen di Kuala 
Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari
 
Penunjuk perasaan memegang dua placard, membantah persempadanan 
semula pilihan raya pada 'Himpunan Kalahkan Pencuri' di luar bangunan 
Parlimen di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insight 
oleh Seth Akmal, 
 
Ahli politik dan kumpulan sivil bersama-sama berarak ke Parlimen 
dari Tugu Negara, Kuala Lumpur pada 'Himpunan Kalahkan 
Pencuri' hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal
 
Seorang wanita melintasi barisan anggota FRU ketika 'Himpunan 
Kalahkan Pencuri' berhampiran Tugu Negara, Kuala Lumpur hari 
ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari
 
Presiden PKR Dr Wan Azizah Wan Ismai berdoa ketika 'Himpunan 
Kalahkan Pencuri' berhampiran Tugu Negara, Kuala Lumpur hari 
ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 
 
Beberapa peserta 'Himpunan Kalahkan Pencuri' menikmati sarapan 
pagi berhampiran Tugu Negara, Kuala Lumpur, hari ini. – Gamba
The Malaysian Insight oleh Seth Akmal
 
Seorang anggota polis bantuan mengunci pintu pagar utama 
bangunan Parlimen ketika 'Himpunan Kalahkan Pencuri', har
ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain,
 

Ahli-ahli Parlimen pembangkang yang menyertai 'Himpunan 
Kalahkan Pencuri' memasuki kawasan Parlimen. – Gambar The 
Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 

Tiada ulasan: