HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 April 2018

NuR Jazlan mahu semak kenyataan Anwar dengan Jabatan Penjara

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KUALA LUMPUR: Datuk Nur Jazlan Mohamed akan mendapatkan penjelasan daripada Jabatan Penjara Malaysia selepas media melaporkan satu kenyataan yang dikatakan dibuat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam.
 
Timbalan menteri dalam negeri itu berkata bekas ketua pembangkang itu melanggar peraturan penjara jika didapati beliau berkomunikasi dengan dunia luar tanpa kebenaran.
 
Terdahulu, media memetik satu kenyataan daripada “Anwar Ibrahim” yang mengkritik kerajaan kerana meluluskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dan pembentangan rang undang-undang berita palsu.
 
“Saya ingin tahu. Adakah kenyataan ini daripada Anwar Ibrahim? Beliau dilarang oleh peraturan penjara untuk berkomunikasi dengan dunia luar tanpa kebenaran daripada ketua pengarah penjara.
 
“Akan semak dengan ketua pengarah (Datuk Seri Zulkifli Omar),” kata Nur Jazlan di Twitter.
 
Anwar dalam kenyataannya berasa “jijik” dengan tindakan kerajaan BN meluluskan usul persempadanan semula kawasan pilihan raya dengan tergesa-gesa.
 
Selain menyelar tindakan “desperado” kerajaan BN dalam usaha membentangkan Rang Undang-undang Antiberita Tidak Benar, kata Anwar.
 
Jazlan sebelum ini pernah memberi amaran kepada Anwar untuk tidak melanggar peraturan penjara kerana ia boleh menjejaskan tempoh pemenjaraannya.
 
Anwar sepatutnya dibebaskan pada 8 Jun ini.
 
 

Tiada ulasan: