HALAMAN SANTAI

Selasa, 24 April 2018

PPBM TETAP GUNA LOGO PKR




Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetap menggunakan logo PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) meskipun Mahkamah Tinggi menggantung keputusan Pendaftar Pertubuhan (ROS) membubarkan sementara pendaftaran parti Bunga Raya itiu.

Perkara itu diumumkan Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan keputusan mengekalkan penggunaan logo PKR kerana ia sudah dimuktamadkan Pakatan Harapan (PH).

Muhyiddin berkata, walaupun keputusan mahkamah telah ‘mewujudkan’ kembali PPBM, tetapi persiapan awal dibuat bagi menggunakan logo PKR.

“Semua calon (PPBM) yang sudah dipilih akan tetap bertanding menggunakan simbol PKR kerana status (parti) tidak tergugat dengan keputusan terbaru mahkamah,” katanya pada sidang media, di Petaling Jaya, Isnin.

Mahkamah Tinggi hari ini menggantung keputusan ROS yang membubarkan sementara pendaftaran parti itu. Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, Majlis Presiden PH sebelum ini sudah menetapkan penggunaan logo PKR pada PRU14 dan ROS juga tiada halangan untuk mana-mana parti dalam gabungan itu menggunakan logo terbabit.

“Tidak kira apa saja status (PPBM), kita akan menggunakan satu logo saja iaitu logo PKR kerana ini sudah dipersetujui semua pihak.”Bagaimanapun, kami amat bersyukur dengan keputusan mahkamah dan we are back again (kami sudah kembali). Keputusan mahkamah memberi kami semangat baru dan motivasi untuk terus bekerja,” katanya.



Tiada ulasan: