HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Julai 2018

KETUA PEMBANGKANG : UMNO AKAN BINCANG DENGAN PAS




UMNO akan berbincang dengan PAS untuk menentukan siapa yang layak untuk dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Dewan Rakyat.

Presidennya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata UMNO dan PAS bercadang untuk berbincang dengan PAS sebelum Dewan Rakyat bersidang pada 16 Julai ini.

“Kita belum pilih siapa yang akan diangkat menjadi Ketua Pembangkang. Ketua Pembangkang biasanya dipilih dan saya berbincang dengan PAS siapa yang akan dilantik.

“Kita adakan mesyuarat pra persidangan Dewan Rakyat. Kita juga mengalu-alukan mana-mana parti yang sudi untuk bersama kami kerana pada masa ini yang jadi pembangkang ialah UMNO dan PAS,” katanya pada sidang media di Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur, pada Ahad.

Turut hadir, Timbalan Presiden yang baharu terpilih, Datuk Seri Mohamad Hasan, Naib Presiden, Datuk Seri Ismail Sabry Yaakob dan Datuk Seri Mahdzir Khalid; Setiausaha Agung, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Ketua Pemuda, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Ahmad Zahid berkata demikian mengulas mengenai spekulasi kemungkinan Khairy Jamaluddin akan dilantik sebagai Ketua Pembangkang.


Tiada ulasan: