Ketua Pergerakan Wanita Umno Datuk Dr Noraini Ahmad melahirkan rasa kecewa atas tindakan bekas Ketua Puteri Umno ke-3 yang kini menjadi ahli parlimen bebas selepas mengisytiharkan dirinya keluar Umno semalam.
Menurut Ahli Parlimen Parit Sulong itu lagi, ddengan keputusan Mas Ermieyati Samsuddin itu ia akan meberikan kesan kepada pengundi di kawasannya yang mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU14 lalu.
“Kecewa dengan keputusan YB Datuk Emy yang keluar parti. Mana kata-kata keramat setia pada parti?
“Lagi amat kecewa kerana my dari kilang Pu3. Kira ada masalah dalaman, nape tidak share dengan kami?
“So now bagaimana hak pengundi Emy yang mengundi Emy atas tiket BN dalam PRU14?” soalnya di dalam twittnya semalam.
Semalam Mas Ermieyati mengumumkan keluar parti itu kerana menyifatkan Umno sudah tergelincir dari landasan asal sehingga ditolak bangsa Melayu sendiri.
Mas Ermiyati dipetik berkata, kepemimpinan sedia ada masih enggan menerima kenyataan bahawa rakyat sudah menolak parti itu, sebaliknya beranggapan Umno hanya mangsa kebencian terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak, dan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) semata-mata.
“Harapan untuk melihat sekurang-kurang 70 peratus muka baharu berwibawa pada pelbagai peringkat, tidak kesampaian.
“Pemulihan apakah ini, sekiranya virus masih dibiar berleluasa dan ubat terlalu pahit untuk ditelan?” kata Mas Ermieyati semalam.
Pada pemilihan Umno Sabtu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendapat kepercayaan dan keyakinan ahli apabila diberi mandat sebagai Presiden Umno baharu bagi tempoh 2018-2021.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berjaya memperoleh 78 undi bagi mengetepikan dua pencabar terdekatnya, iaitu bekas Ketua Pemuda Uno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang meraih 53 undi, dan Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah (28 undi).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan