HALAMAN SANTAI

Isnin, 2 Julai 2018

Kuota wanita diisi mesti ikut kelayakan




Timbalan Perdana Menteri pertama wanita, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menegaskan pemilihan wanita dalam barisan Kabinet dan peringkat pembuat dasar dalam negara mestilah berdasarkan merit.

Beliau berkata, kelayakan amat dititikberatkan meskipun berhasrat lebih banyak kuota wanita diperuntukkan seperti Selangor yang sudah mencapai perwakilan wanita di peringkat kepimpinan kerajaan negeri lebih 30 peratus.

“Kuota bukan untuk kita isi tetapi mesti ada segi kelayakan, mesti pengalaman. Itu penting kerana dalam kerajaan, saya kira ada peringkat kita mesti ambil kira merit dan cara mana menangani masalah.

“Jika ada yang layak, mungkin wanita (dipilih), kita akan bagi lebih ruang kepada wanita. Sekurang-kurangnya sensitiviti gender itu ada,” katanya dalam wawancara di Berita Harian hari ini.

Tiada ulasan: