Noorbek Siron, 67, meninggal dunia kira-kira 8 malam,
Sabtu lalu di Hospital Seri Manjung selepas mengalami kecederaan parah
akibat dibelasah.
Dalam
kejadian Rabu lepas, polis menerima maklumat terdapat kes tangkapan
seorang lelaki warga emas disyaki mencuri kelapa sawit di Batu 10 Lekir,
Sitiawan.
Noorbek Siron, 67, meninggal dunia kira-kira 8 malam, Sabtu lalu di Hospital Seri Manjung selepas mengalami kecederaan parah akibat dibelasah dalam kejadian Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Manjung ACP Muhammad Hanif Othman berkata kesemua suspek berumur lingkungan 20 hingga 40 tahun ditahan kira-kira 6 petang semalam, di Jalan Pinang Raja, Seri Manjung, mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kematian bagi membantu siasatan lanjut.
“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mengambil tindakan sendiri dengan memukul sekiranya terdapat kejadian sebegini kerana kesannya boleh menyebabkan kematian,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam kejadian Rabu lepas, polis menerima maklumat terdapat kes tangkapan seorang lelaki warga emas disyaki mencuri kelapa sawit di Batu 10 Lekir, Sitiawan.
“Ketika diserahkan kepada polis Rabu lepas, warga emas itu dalam keadaan cedera dan dia dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan,” katanya.
Muhammad Hanif berkata kira-kira 11 pagi semalam, beliau dimaklumkan mengenai kematian mangsa, dipercayai hasil bedah siasat menunjukkan ia berpunca daripada kecederaan pada tisu lembut susulan trauma tumpul dan pendarahan otak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan