HALAMAN SANTAI

Isnin, 23 Julai 2018

Ringgit mengukuh berbanding dolar AS

 
Faktor yang turut menyokong ringgit adalah konflik dalaman antara Rezab Persekutuan dengan Presiden AS, Donald Trump yang mengkritik dasar monetari.


Bagaimanapun ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dollar AS kerana tuduhan manipulasi mata wang oleh China dan Kesatuan Eropah oleh presiden Donald Trump meletakannya dalam keadaan lemah.

Pada 9 pagi, ringgit disebut harga pada 4.0490/0540 berbanding penutup dolar AS pada Jumaat iaitu 4.0600/0630.

Public Investment Bank Bhd berkata, faktor yang turut menyokong ringgit adalah konflik dalaman antara Rezab Persekutuan dengan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mengkritik dasar monetari.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding beberapa mata wang utama.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 2.9748/9796 daripada 2.9687/9718 pada Jumaat dan susut berbanding euro pada 4.7551/7614 daripada 4.7315/7366.

Ringgit susut berbanding pound British kepada 5.3216/3298 berbanding 5.2861/2904 dan susut berbanding kepada 3.6500/6549 daripada 3.6108/6138 yang dicatatkan sebelumnya.

Tiada ulasan: