HALAMAN SANTAI

Ahad, 1 Julai 2018

Zahid: Imam tak pernah tinggalkan jemaah

 
   

Presiden Umno yang baharu, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menasihatkan anggota parti agar tidak meninggalkan Umno hanya demi kepentingan peribadi.

“Imam tidak pernah meninggalkan jemaah tetapi jika ada makmum yang mufaraqah atau keluar daripada jemaah yang diketuai oleh imam itu, maka mereka tentunya harus memikirkan keputusan tidak harus dibuat berdasarkan pertimbangan peribadi.

“Tetapi sebaliknya kemenangan kita di kerusi-kerusi berkenaan adalah kerana mewakili rakyat yang mengundi dan parti yang memberi peluang dan mandat untuk kita bertanding,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Anggota Parlimen Bagan Datuk itu mengulas tindakan bekas Ketua Puteri Umno Datuk Mas Ermieyati Samsudin yang hari ini mengumumkan keluar parti dan menjadi Anggota Parlimen Bebas.

Mas Ermieyati turut mengaitkan keputusan itu dengan harapannya yang tidak kesampaian untuk melihat anggota Umno memilih sekurang-kurangnya 70 peratus muka baharu berwibawa dalam pemilihan Umno peringkat bahagian dan majlis tertinggi semalam.- Bernama


Tiada ulasan: