ARIF ATAN
Jawatankuasa Pimpinan AMANAH Nasional itu berkata, senarai syor yang disediakan Urusan Pemilih Biro Pilihan Raya (BPR) AMANAH Nasional itu diterima oleh Pengerusi SPR yang baharu, Azhar Azizan Harun.
“Sebanyak 12 cadangan terkait antaranya ialah darihal cadangan pembersihan pemilih yang meninggal dunia secara one off dan mengembalikan proses asal pembekalan Rang Daftar Pemilih Tambahan (RDPT) dalam format MDB.
“Cadangan itu diterima baik dan Pengerusi SPR memberi komitmen untuk mengangkat semuanya untuk perbincangan dan penelitian lanjut dalam mesyuarat Jawatankuasa Khas Penambahbaikan Daftar Pemilih yang dipengerusikan sendiri oleh Pengerusi SPR,” ujarnya.
Menurut Athirah yang juga merupakan Senator itu, syor berkaitan mengembalikan proses asal pembekalan RDPT bersama alamat terakhir pemilih dan lokaliti gabungan dikembalikan kepada proses asas pembekalan lokaliti sebenar rumah pemilih juga dikemukakan.
Turut disyorkan kepada SPR ialah membatalkan bayaran RM10 untuk bantahan memandangkan ia adalah proses parti-parti politik membantu SPR dalam memastikan daftar pemilih yang bersih dan tepat.
Cadangan lain adalah seperti berikut:
– membatalkan denda RM100 hingga RM200 atau mengurangkannya pada kegagalan bantahan.
– mewujudkan semula Pegawai Pendaftar Sementara (PPS) mewakili parti politik dan dikembangkan kepada beberapa agensi lain bagi merancakkan urusan pendaftaran pengundi baharu.
– mewujudkan satu ruangan “bangsa” dalam RDPT/ DPI/ DPPR dalam format MDB bagi memudahkan pelbagai urusan perancangan kempen yang bersesuaian.
– penyerahan RDPT melalui emel rasmi kepada BPR parti-parti politik tanpa CD.
– membekalkan RDPT satu negara kepada ibu pejabat parti politik bagi mempermudahkan serta mempercepatkan tindakan serta penyelarasan.
– pendaftaran automatik pada usia 18 atau 21 tahun (Auto 18/ Auto 21).
Mengulas lanjut, Athirah yang juga Ketua Penerangan Wanita Pakatan Harapan (PH) berkata, selain daripada 12 syor tersebut, terdapat beberapa cadangan lagi susulan daripada perbincangan dengan SPR semalam.
“Ini termasuk antaranya keperluan menambahkan tempoh jumlah hari untuk semakan dan bantahan RDPT pada setiap suku tahun,” tambah Timbalan Ketua Angkatan Wanita Amanah Negara (AWAN) itu lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan