HALAMAN SANTAI

Sabtu, 10 November 2018

DBKL arah tutup 16 premis rumah urut

Pengarah Penguatkuasa DBKL, Azman Mahmood berkata, agensi
itu terus aktif membanteras premis rumah urut tanpa lesen dan 
mengambil tindakan tegas terhadap premis yang ingkar. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR: Enam belas daripada 22 premis rumah urut di sekitar Kuala Lumpur diarah tutup kerana beroperasi tanpa lesen dalam operasi khas rumah urut oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, malam tadi.

“Pihak kami telah memeriksa 22 premis rumah urut dan semua dikenakan tindakan sita barang perniagaan mereka seperti kerusi lipat, khemah, dan dekoder rakaman litar tertutup (cctv)”, kata Pengarah Penguatkuasa DBKL Azman Mahmood.

Daripada jumlah itu, 16 premis dikenakan tindakan penutupan premis.

“Operasi ini dilakukan oleh 22 pegawai dan anggota DBKL bermula pukul 8 malam hingga 2 pagi tadi,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Tiada ulasan: