ERIKUTAN daripada
ucapan Bajet 2019 yang dibentangkan oleh Menteri Kewangan Malaysia di
dewan Parlimen pada 2 November 2018 yang lalu, mahasiswa serta anak muda
Malaysia dikejutkan dengan satu polisi yang sangat membebankan golongan
yang berpendapatan rendah iaitu sistem potongan gaji secara automatik
bagi peminjam PTPTN yang mempunyai gaji lebih daripada RM1000.00
sebanyak 2 peratus hingga ke 15 peratus.
Ini adalah polisi yang sangat
membebankan anak muda khususnya buat mereka graduan muda yang terpaksa
ikat perut untuk membina kehidupan secara berdikari selepas mereka
menamatkan pengajian mereka.
PTPTN adalah sebuah perbadanan yang
telah wujud sejak 1 Julai 1997 di bawah Akta Perbadanan Tabung
Pendidikan Tinggi Nasional 1997 (Akta566). Ia diwujudkan ketika Najib
Razak menjadi Menteri Pendidikan dan Perdana Menteri pada waktu itu
ialah Tun Dr Mahathir.
Sehingga ke 31 Januari 2017 Kerajaan
Malaysia telah mengeluarkan dana sebanyak RM48.7 bilion dan daripada
tempoh itu, kerajaan sepatutnya telah berjaya mengumpulkan dana daripada
para peminjam sebanyak RM18.8 bilion.
Namun, apa yang berlaku adalah sebaliknya di mana hanya RM10.8 bilion dana yang berjaya dikutip.
Menurut Pengerusi PTPTN yang sebelum
ini, Dr Shamsul Anuar seramai 2.6 juta peminjam yang tidak mampu untuk
melunaskan hutang mereka dan daripada jumlah itu, sebanyak 663 ribu
peminjam yang langsung tidak membayar hutang PTPTN walaupun satu sen.
Ini adalah permasalahan yang hakiki dan
sepatutnya Kerajaan PH memahami masalah golongan anak muda yang tidak
mampu untuk membayar hutang PTPTN dan mengambil sikap membantu rakyat
bukannya mengambil kesempatan di atas kelemahan atau kesempitan ekonomi
anak muda.
Menurut statistik yang dikeluarkan oleh
Statistik Tenaga Buruh Malaysia 2017, kadar pengangguran kian meningkat
bagi setiap tahun iaitu 3.5 peratus bagi tahun 2017 berbanding 3.1
peratus bagi tahun 2015.
Di samping itu, menurut data kajian yang
dilakukan oleh KPT (Kajian Pengesanan Mahasiswa, 2015), sebanyak 54
peratus mahasiswa yang mampu berkerja hanyalah mempunyai gaji RM2000 dan
ke bawah.
Menurut data di atas, kita dapat
memahami bahawa majoriti anak muda Malaysia tidak mempunyai gaji yang
besar dan apabila polisi potongan gaji sebanyak 2 peratus hingga 15
peratus ini diperkenalkan, ia bakal menambah beban anak muda untuk terus
hidup mendepani cabaran kos sara hidup yang tinggi khususnya buat
mereka yang memulakan hidup mereka di kawasan bandar.
Kos sara hidup yang tinggi, nilai mata
wang Malaysia yang rendah, dan peluang pekerjaan tenaga mahir yang
rendah dan pendapatan (gaji) yang rendah bagi graduan baru adalah beban
sedia ada yang terpaksa dihadapi oleh anak muda Malaysia hari ini.
Kerajaan PH seolah-olah telah melupai
tujuan perjuangan mereka untuk membela nasib golongan graduan dan
golongan berpendapatan rendah apabila sudah menikmati gaji-gaji yang
menggunung selepas menjadi Menteri di dalam Kerajaan Malaysia.
Bebanan ini juga bakal memberikan kesan
domino iaitu akan lebih ramai anak muda lepasan SPM yang datang daripada
keluarga yang berpendapatan rendah takut untuk menghantar anak mereka
ke pengajian yang lebih tinggi ekoran daripada beban hutang yang sangat
menekan dan menzalimi golongan yang berpendapatan rendah.
Kerajaan sepatutnya menyediakan satu
mekanisme yang tuntas untuk membantu rakyat keseluruhan sama ada mereka
miskin atau kaya untuk mendapat pendidikan tanpa yang ada yang
didiskriminasi selaras dengan Perlembagaan Malaysia Perkara 12.
Kami mahasiswa konsisten mengatakan
bahawa kerajaan wajib membantu rakyat untuk menikmati pelajaran bermula
daripada pengajian rendah hinggalah ke pengajian yang tertinggi.
Kami meyarankan kerajaan untuk mengambil inisiatif seperti berikut:
1. Hapuskan hutang PTPTN bagi semua rakyat Malaysia.
2. Wujudkan Perbadanan Tabung Wakaf Pendidikan Negara untuk menampung kos pendidikan Malaysia.
3. Potong gaji Menteri-menteri dalam
kerajaan, lantikan-lantikan politik, serta CEO GLC Kerajaan sebanyak 40
peratus untuk menampung kos pendidikan negara.
4. Memberikan fokus kepada sektor pendidikan daripada belanjawan negara sebanyak 45 peratus daripada bajet keseluruhan negara.
Sekian. Terima kasih.
“Istiqamah Bersama Islam"
* MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
4. Memberikan fokus kepada sektor pendidikan daripada belanjawan negara sebanyak 45 peratus daripada bajet keseluruhan negara.
Sekian. Terima kasih.
“Istiqamah Bersama Islam"
* MUHAMMAD FAIZZUDDIN MOHD ZAI
Presiden, Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan