HALAMAN SANTAI
Isnin, 5 November 2018
Semasa muda kebas duit petronas dan tua pun kebas duit petronas
Kerajaan akan mempertahankan Belanjawan 2019, yang juga belanjawan sulung dibentangkan di bawah pentadbiran Pakatan Harapan (HARAPAN), daripada segala kritikan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebagai Pengerusi HARAPAN, Dr Mahathir berkata, secara asasnya peruntukan belanjawan yang dibentangkan itu adalah tinggi walaupun jangkaan awal pihak tertentu adalah sebaliknya.
“Banyak pihak berpendapat Belanjawan 2019 adalah yang kecil disebabkan kerajaan berdepan masalah kewangan.
“Sebaliknya kita dapat perbesarkan jumlah yang diperuntukan dan kita sepakat pertahankan belanjawan itu daripada sebarang kritikan,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan (HARAPAN) di Putrajaya hari ini.
Belanjawan 2019, yang dibentangkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam, memperuntukkan sebanyak RM314.5 bilion untuk perbelanjaan berbanding kira-kira RM290.4 bilion pada Bajet 2018.
Daripada jumlah itu, RM259.8 bilion adalah bagi perbelanjaan mengurus dan RM54.7 bilion untuk perbelanjaan pembangunan.
Dr Mahathir berkata, kerajaan dan Majlis Presiden HARAPAN mendapati rata-rata pihak berkepentingan menerima baik pengumuman yang dibuat dalam belanjawan itu.
Ketika kerajaan berdepan masalah kewangan, Belanjawan 2019 mendapat suntikan dana bantuan daripada Petronas sebanyak RM30 bilion bagi membolehkan pelbagai segmen rakyat diberi perhatian, katanya.
Duit petronas bukan duit mak bapak Mahathir dan mak bapak PH tetapi duit rakyat yang banyak lagi manafaat lain boleh dibuat dengan duit itu.
Jika petronas ada duit banyak syarikat boleh terokai perniagaan luar negara dan ini membantu anak Malaysia untuk bekerja dan menambahkan pengalaman.
Tapi politik PH politik dendam rombak semua yang kerajaan dulu buat dan akhirnya makan diri, bila tersempait KEBAS duit petronas. Senang berfikir.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan