Gambar kereta yang digunakan oleh Shamsul Iskandar Mohd Akin ketika berkempen di Batu Pahat.
KUALA LUMPUR – Calon Naib Presiden PKR, Shamsul Iskandar Mohd Akin
bersedia untuk dikenakan tindakan oleh Jawatankuasa Pemilihan Parti
(JPP) sekiranya beliau didapati bersalah kerana menggunakan aset
kerajaan ketika proses pemilihan parti di Batu Pahat.
Ujar Timbalan Menteri Industri Utama itu, gambar kereta yang
dinaikinya itu dirakam oleh isteri Ahli Parlimen Kapar, Datuk Abdullah
Sani ketika beliau tiba di pusat pemilihan tersebut.
“Saya tidak ada masalah sebab ketika hari tersebut saya baru sahaja
balik dari lawatan rasmi dari Colombia dan pemandu saya jemput.
“Saya dah jangka benda ini akan dibangkitkan sebab saya ada nampak
dia ambil gambar. Sukar untuk saya balik dan tukar keenderaan jadi kita
terus pergi ke tempat tersebut dari lapangan terbang kemudian balik ke
pejabat,” katanya ketika ditemui di lobi Parlimen.
Kejadian tersebut berlaku pada 30 September lalu. Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin
Dalam pada itu, beliau mempertahankan tindakannya dengan alasan
beliau baru pulang daripada menjalankan urusan sebagai timbalan menteri.
“(Saya) bukan datang ke situ hanya untuk berkempen tetapi saya memang dari program rasmi dan pemandu jemput saya terus kesana.
“Kita tidak boleh salah guna kenderaan rasmi, isunya mengunakan aset kerajaan,” katanya lagi.
Awal Ogos lalu, Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan
JPP PKR untuk memantau calon yang bertanding supaya tidak menyalah guna
kuasa dalam usaha meraih kemenangan dalam pemilihan parti itu.
-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan