Ketua
Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun (dua kanan) menyampaikan sijil
kepada peserta terbaik Akademik, Mohd Khairol Mohd Bakri (kiri) pada
Penyampaian Sijil Tamat Kursus Latihan Asas Kadet Inspektor dan kadet
Sarjan Siri 1/2018 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL),
Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
KUALA LUMPUR – Peningkatan mendadak sejak lima tahun kebelakangan ini
berhubung trend anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersara awal
daripada waktunya amat membimbangkan.
Malah apa lebih merunsingkan antara punca tindakan anggota
meninggalkan kerjaya tersebut termasuk tekanan kerja yang sehingga kini
belum ada jalan penyelesaian terbaik menanganinya. Ketua
Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun bercakap pada Penyampaian
Sijil Tamat Kursus Latihan Asas Kadet Inspektor dan kadet Sarjan Siri
1/2018 di Dataran Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur.
foto SYAFIQ AMBAK
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun yang melahirkan
kebimbangan itu berkata, pihaknya kini sedang melakukan kajian bagi
mencari jalan keluar agar trend peningkatan persaraan dalam kalangan
anggota polis dapat dikurangkan.
Jelasnya, hampir 5,000 anggota akan memilih untuk bersara awal atau
bersara wajib dan dikhuatiri ia terus meningkat setiap tahun.
“Saya sendiri mendapat maklumat ada ramai dalam kalangan pegawai kita
yang memohon untuk bersara lebih awal. Sudah tentu ada pelbagai sebab
seperti isu keluarga, kesihatan serta logistik yang lain-lain. Itu yang
kelazimannya.
“Bagaimanapun, apa yang lebih saya bimbangkan sebenarnya, ada juga
yang bersara lebih awal dari dunia kepolisan ini kerana tekanan kerja,
saya tidak pasti mengapa ianya berlaku dan kajian secara komprehensif
sedang dilakukan dan bagaimana kita mahu tanganinya pada masa hadapan,”
katanya. Sebahagian
anggota polis melakukan pembarisan pada Penyampaian Sijil Tamat Kursus
Latihan Asas Kadet Inspektor dan kadet Sarjan Siri 1/2018 di Dataran
Kawad, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Kuala Lumpur. foto SYAFIQ AMBAK
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan upacara
perbarisan dan penyampaian tamat kursus asas Kadet Inspektor dan Kadet
Sarjan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.
Seramai 248 kadet inspektor dan 146 kadet sarjan menamatkan kursus
asas mereka yang memakan masa sehingga sembilan bulan berakhir hari ini.
Mohamad Fuzi menambah, PDRM terpaksa mengimbangi persaraan polis
dengan meningkatkan keperluan untuk mengambil lebih banyak anggota bagi
mengisi kekosongan terbabit.
“Kita akan melihat permasalahan ini dan kita jangkakan akan mengambil
lebih 7,000 pegawai-pegawai baharu bermula tahun depan bagi mengisi
kekosongan tersebut,” ujarnya.
Terdahulu, ketika berucap pada majlis tersebut, Mohd. Fuzi melahirkan
rasa dukacita beliau apabila kejayaan yang diperoleh dicemari oleh
pelbagai noda berpunca daripada segelintir warga PDRM sendiri.
“Isu-isu seperti rasuah, salah guna kuasa, dadah serta kegiatan
jenayah lain dalam kalangan warga PDRM semakin menjadi-jadi dan tidak
seharusnya berlaku.
“Kita merupakan pasukan yang sebenarnya berperanan sebagai agensi
penguatkuasa undang-undang yang utama di negara ini dan bukan
sebaliknya.
“Saya mohon kepada semua khasnya yang baru sahaja tamat kursus ini
supaya menjauhi diri daripada segala gejala sosial serta melanggar
perintah pasukan dan undang-undang. Kita perlu sentiasa berkorban jiwa
raga kerana itu adalah sumpah keramat Panji Sang Saka Biru,” tegasnya. –
MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan