HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Mac 2019

Penggal terakhir Nurul Izzah? Najib tunggu pujukan ‘Warkah Cordova’



KUALA LUMPUR — Datuk Seri Najib Razak secara sinis berkata beliau menunggu “Warkah Cordova” untuk memujuk Nurul Izzah Anwar yang mahu berundur dari dunia politik.

“Sementara waktu, kita tunggu ‘Warkah Cordoba baru dari kekanda untuk pujuk memujuk,” kata bekas perdana menteri merujuk kenyataan Nurul Izzah “ini penggal terakhir buat saya”.

Memetik kembali kenyataan ahli parlimen Permatang Pauh dari sebuah portal berita, Najib juga bertanya “benar ke” pentadbiran kerajan Pakatan Harapan (PH) bergelora dan huru-hara.

“Rakyat tak percaya kecuali ini diumumkan oleh menteri kewayangan,” kata ahli parlimen Pekan lagi tetapi tidak jelas siapa yang beliau maksudkan sebagai “menteri kewayangan”.

Najib dalam beberapa hantaran Facebook sebelum ini merujuk menteri kewangan Lim Guan Eng sebagai “menteri kewayangan” dalam isu ekonomi yang tidak melibatkan Nurul Izzah.

Kelmarin, anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan beliau tidak mahu bertanding dalam pilihan raya akan datang berikutan kecewa dengan langkah perlahan pentadbiran PH.

Sebelum ini, Datuk Seri Muhajid Yusof menulis “Warkah Cordova” berikutan keputusan Nurul Izzah melepaskan jawatan naib presiden dan ketua PKR Pulau Pinang secara mengejut.

Naib presiden Parti Amanah Negara membahasakan dirinya sebagai “kakanda” dan memanggil Nurul Izzah sebagai “adinda” dalam tulisan tersebut hingga dipersendakan banyak pihak.


Tiada ulasan: