HALAMAN SANTAI

Isnin, 25 Mac 2019

Siasat segera pencemaran Sungai Ulu Benut, Sungai Machap

ainulillia  

Sultan Johor mahu pihak berkuasa kemuka segera laporan siasatan


BANGI – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar bertitah mahu pihak berkuasa segera menyiasat pencemaran yang berlaku di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap di Simpang Renggam.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini, baginda bertitah mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan secara menyeluruh berhubung pencemaran itu kerana tidak mahu kejadian seperti di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang berulang.

Baginda juga mahu pihak berkuasa berkaitan segera mengemukakan laporan berhubung pencemaran itu.

“Lakukan siasatan dan saya juga mahukan laporan segera berhubung perkara ini. Sesiapa sahaja terlibat perlu bertanggungjawab kerana melakukan pencemaran terhadap sungai-sungai.

“Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab,” titah Sultan Ibrahim kepada Royal Press Office.

Terdahulu, media melaporkan penduduk di sekitar Kampung Ulu Benut mendakwa sungai di kawasan itu tercemar apabila warnanya berubah menjadi hitam dan berbau busuk.

Ahli Majlis Daerah Simpang Renggam (MDSR) Zon Tiga, Mohamad Zaki Abdul Kadir berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk bimbang lebih-lebih lagi apabila ikan di dalamnya ditemui mati.


Tiada ulasan: