HALAMAN SANTAI

Ahad, 24 Mac 2019

Kerabat diraja lemas di Pulau Perhentian


   

Seorang wanita difahamkan dari kalangan kerabat diraja lemas ketika melakukan aktiviti menyelam skuba di Pulau Perhentian di Terengganu, petang semalam.

Wanita yang berumur 61 tahun itu dilapor meninggal dunia kira-kira 5.15 petang oleh pegawai perubatan di Klinik Kesihatan Pulau Perhentian setelah dibawa oleh beberapa rakannya selepas mendapati wanita itu tidak sedarkan diri.

Menurut sumber mangsa sebelum itu menyelam di Teluk Dalam Pasir Hantu di pulau berkenaan pada kedalaman 19 meter bersama lapan penyelam lain kira-kira pukul 4.15 petang.

Namun tangki udara yang digunakan mangsa mengalami masalah dan kemudiannya mangsa serta rakannya bertindak untuk naik ke permukaan air.

Pada paras kedalaman 15 meter, mangsa dilapor sempat menunjukkan isyarat tangan tanda 'ok’ dan terus menyelam tetapi beberapa saat kemudian mangsa dilihat lemah hingga diberi bantuan pernafasan (CPR).

Ketua Polis Daerah Besut Supt Mohd Zamri Mohd Rowi ketika dihubungi Bernama mengesahkan pihaknya ada menerima laporan kejadian lemas tetapi enggan mengulas lanjut.-Bernama


Tiada ulasan: