HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 April 2020

95 notis ingkar arahan PKP dikeluarkan sejak semalam

Wartawan MalaysiaGazette
MGF04042020_SJR-IPD-GOMBAK_04
Anggota polis membuat pemeriksaaan dan sekatan jalan raya berikutan Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 susulan penularan Wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Jalan Selayang Baru-Templer, Gombak. foto AFIQ RAZALI
 
 

KUALA LUMPUR – Sebanyak 95 notis kompaun telah diserahkan kepada individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) semalam menguatkuasakan kompaun RM1,000 kepada pesalah PKP.

Menurut Ismail Sabri, mereka yang didapati ingkar PKP akan dibawa ke balai polis sebelum diberikan kompaun dan bayaran RM1,000 perlu diselesaikan di Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh dua minggu selepas tarikh ia dikeluarkan.

“Mereka yang gagal membayar kompaun akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya dalam sidang media harian perkembangan terkini Covid-19 yang berkait dengan aspek keselamatan di sini, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, kadar pematuhan arahan PKP setakat ini  adalah sebanyak 97 peratus dan semalam pihak PDRM bersama ATM telah mengadakah sejumlah 769 Sekatan Jalan Raya di seluruh negara.  – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: