HALAMAN SANTAI

Khamis, 9 April 2020

Belum ada kes rakyat Malaysia meninggal dunia di luar negara akibat Covid-19

Manzaidi Mohd Amin
MGF13032020_SIDANG-MEDIA-MENTERI-PERTAHANAN_10
Ismail Sabri Yaakob

KUALA LUMPUR – Kerajaan belum menerima sebarang laporan kes kematian melibatkan rakyat Malaysia yang berada di luar negara akibat jangkitan virus Covid-19.

Bagaimanapun, jika ada kes itu, kedua-dua negara iaitu Malaysia dan negara tempat mangsa meninggal dunia mempunyai Prosedur Operasi Standard (SOP) sendiri untuk menguruskannya.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia tidak mempunyai masalah untuk membawa balik jenazah rakyatnya, jika kes seumpama itu berlaku.

“Kita tak ada masalah nak bawa balik jenazah kalau ada yang meninggal di luar negara, tapi SOPnya akan dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan bagaimana nak bawa pulang atau sebagainya.

“Kita perlu ingat, meninggal di negara lain ada SOPnya sendiri. Dua-dua negara ada SOP. Kita mesti patuh pada SOP kita dan SOP negara berkenaan,” katanya dalam sidang media khas di Putrajaya, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut mengumumkan penyambungan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Simpang Renggam, Kluang, Johor sehingga 14 April ini.

Katanya, PKPD di daerah itu yang bermula 26 Mac lalu sepatutnya berakhir esok, tetapi ditambah lagi empat hari bagi memboleh pihak berkuasa menyelesaikan beberapa perkara yang masih dalam tindakan. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: